BERITA UTAMA

Mufti seru umat Islam Selangor baca qunut nazilah

16 Apr 2020, 8:49 AM
Mufti seru umat Islam Selangor baca qunut nazilah
Mufti seru umat Islam Selangor baca qunut nazilah

SHAH ALAM, 16 APRIL: Jabatan Mufti Negeri Selangor menyeru umat Islam di negeri ini membaca qunut nazilah pada setiap waktu solat fardu bagi menghindari penularan Covid-19, kata Mufti Selangor.

Dato’ Mohd Tamyes Abdul Hamid berkata selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, seruan bermunajat kepada Allah bermula dari solat Maghrib hari ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

"Dengan berlakunya Covid-19 di seluruh dunia dan negara khususnya, marilah kita bersama-sama bersatu hati, berpadu tenaga memantapkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Semoga wabak ini segera diangkat agar urusan ibadah dan kehidupan sedia kala dapat diteruskan," katanya dalam kenyataan.

Setakat 12 tengah hari semalam, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor memaklumkan jumlah terkumpul positif Covid-19 di negeri ini sebanyak 1,316 kes manakala kes di seluruh negara pula berjumlah 5,072.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619