AGENDA

12 mukim di Selangor zon merah, Kajang tertinggi

15 Apr 2020, 2:05 AM
12 mukim di Selangor zon merah, Kajang tertinggi
12 mukim di Selangor zon merah, Kajang tertinggi

SHAH ALAM, 15 APRIL: Sebanyak 12 mukim di negeri ini dikategorikan zon merah apabila mencatatkan lebih 40 kes positif Covid-19, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

JKNS berkata angka Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) negeri sehingga jam 12 tengah hari semalam menunjukkan mukim Kajang terletak di bawah daerah Hulu Langat merekodkan jumlah tertinggi dengan 146 kes.

"Ia diikuti Hulu Langat dengan 142 kes, Damansara (122), Petaling serta Klang (118), Bukit Raja (105), Ampang (68), Cheras (53), Hulu Kelang (50), Kapar (49), Dengkil (48) dan Batu (43).

"Dua mukim pula dikategorikan zon jingga iaitu Serendah (27) dan Rawang (26) manakala 25 mukim zon kuning," katanya di Facebook.

Katanya mukim tersenarai dalam zon kuning adalah Labu dengan 17 kes, Batang Kali (16), Beranang (13), Kuang (12), 11 kes di Tanjung 12 (1), Jeram (10), Ijok (9), Bagan Narkhoa Omar (8) dan masing-masing tujuh kes di Pancang Bedena, Tanjung 12 (2) serta Teluk Panglima Garang.

"Enam kes di Sabak Bernam, Batang Berjuntai (5), Kuala Selangor (3) dan satu kes di Pasir Panjang, Sungai Panjang, Kalumpang dan Hulu Yam," katanya.

Zon hijau yang tiada kes adalah mukim Pasangan, Api-Api, Hulu Tinggi, Hujung Permatang, Bandar, Batu (daerah Kuala Langat), Jugra, Kelang, Morib, Buluh Telur, Kerling, Kuala Kalumpang, Pertak, Rasa, Sungai Gumut, Sungai Tinggi dan Hulu Semenyih.

Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan kawasan yang lebih 40 kes sebagai zon merah, manakala zon jingga 21 hingga 40 kes. Tiada kes dianggap zon hijau, sementara 1 hingga 20 kes pula zon kuning.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619