AGENDA

Elak rakyat keluar, kabinet bincang SOP e-bazar esok

14 Apr 2020, 10:20 AM
Elak rakyat keluar, kabinet bincang SOP e-bazar esok

SHAH ALAM, 14 APRIL: Pelaksanaan tatacara operasi piawai (SOP) e-bazar Ramadan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan terdapat kekeliruan dalam kalangan sesetengah pihak terhadap konsep e-bazar yang mana mengikut kaedahnya pembeli hanya perlu memesan makanan dan penghantaran akan dilakukan ke lokasi mereka.

Katanya, sekiranya pembeli memesan dan keluar dari rumah untuk mengambil makanan, ini akan menyebabkan berlakunya pergerakan secara besar-besaran.

“Esok kita akan bangkitkan dalam mesyuarat Kabinet. Kita akan tentukan apa yang boleh dan apa tak boleh. Ideanya adalah supaya rakyat tak boleh memberi alasan untuk keluar.

“Bila sekatan jalan raya, mereka beri alasan 'saya tempah barang jadi nak pergi ambil'. Jadi semua orang akan guna alasan yang sama," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya hari ini.

Sementara itu beliau berkata kerajaan akan menguatkuasakan Skim Harga Maksimum PKP bermula esok hingga 28 April dan langkah itu bagi memastikan harga 12 barangan dan keperluan harian seperti ayam, telur ayam, minyak masak tepung gandum, kubis dan ikan kembung dapat dikawal.

“Perincian mekanisme skim harga ini akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Kerajaan sentiasa mendengar keluh kesah rakyat mengenai sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan keperluan sewenangnya,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619