AGENSI

Pemadam Selangor bantu kumpul dana Zoo Negara

14 Apr 2020, 7:24 AM
Pemadam Selangor bantu kumpul dana Zoo Negara
Pemadam Selangor bantu kumpul dana Zoo Negara

SHAH ALAM, 14 APRIL: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Selangor mengambil inisiatif membantu mengumpulkan dana dan derma orang ramai untuk disumbangkan kepada Zoo Negara.

Projek khidmat komuniti bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Suspended Meal itu bertujuan untuk memastikan haiwan di Zoo Negara mendapat bekalan makanan mencukupi.

Pemadam Negeri Selangor menerusi hantaran di Facebooknya berkata projek itu bermula semalam sehingga 30 April ini.

"Ayuh kita bersama-sama membantu untuk mengekalkan Zoo Negara sebagai pusat pemuliharaan dan pemeliharaan yang produktif di Malaysia," katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh melakukannya menerusi akaun CIMB Pemadam Negeri Selangor (8001940436) atas nota 'Derma ZN'.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Nadjwa di talian 012-9320812 atau WhatsApp ke 011-27224764 (Sarah) atau emel ke pemadam.negeri.selangor@gmail.com.

Baru-baru ini, Zoo Negara memohon sumbangan daripada orang ramai untuk mengumpul dana bagi menampung kos keperluan penjagaan seperti makanan.

Ini kerana walaupun Zoo Negara ditutup kepada umum berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), haiwan masih memerlukan penjagaan termasuk makanan dan perubatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619