AGENSI

Lapan siri kursus dalam talian, IWB sasar lahir ribuan e-usahawan 

13 Apr 2020, 7:54 AM
Lapan siri kursus dalam talian, IWB sasar lahir ribuan e-usahawan 

SHAH ALAM, 13 APRIL: Institut Wanita Berdaya (IWB) menyasarkan 1,000 e-usahawan pasca Covid-19 dapat dilahirkan menerusi lapan siri kursus perniagaan daripada aplikasi video, Zoom sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata ketua pegawai eksekutifnya.

Siti Kamariah Ahmad Subki berkata kursus bertujuan membantu usahanita di Selangor yang terkesan ketika wabak ini juga dapat menggalakkan wanita mengadaptasi dengan situasi semasa dalam meneruskan perniagaan semasa dan pasca PKP.

"IWB mengambil keputusan untuk mengadakan siri latihan dalam talian dengan penceramah yang berpengalaman dan terlatih dalam bidang pemasaran perniagaan dalam talian.

"Program ini masih di peringkat fasa pertama dan kita akan teruskan sehingga hujung tahun kerana jangkaan bahawa terdapat keperluan yang berterusan untuk insiatif ini," katanya.

Untuk fasa permulaan, IWB mengadakan tiga kursus dalam Siri Usahanita iaitu Kursus Keusahawanan Dalam Talian, Kursus Asas Youtube dan Kursus Urus Duit Anda.

Sasaran:

1. Wanita di Selangor atau luar Selangor yang berkecimpung dalam bidang perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

2. Wanita di Selangor yang ingin mempelajari ilmu kewangan peribadi.

3. Wanita di Selangor yang ingin mempelajari ilmu membuat kandungan (content creator) dan menjana pendapatan menggunakan media sosial.

Senarai Kursus Siri Usahanita Keusahawanan Dalam Talian:

7 April 2020, Selasa,3-5 petang

Asas Perniagaan Dalam Talian

14 April 2020,Selasa, 3-5 petang

Penulisan dan Pengiklanan Efektif

21 April 2020,Selasa, 3-5 petang

Pengambilan Gambar Produk dan Video

28 April 2020,Selasa, 3-5 petang

Pembangunan Poster Grafik melalui Canva

Senarai Kursus Siri Usahanita Asas Jana Pendapatan dengan Youtube:

16 April 2020, Khamis, 8.30-10.30 malam

Apa itu Youtube

23 April 2020,Khamis,8.30-10.30 malam

Content creator

30 April 2020,8.30 -10.30 malam

Cari subscriber

Senarai Kursus Siri Usahanita Urus Duit Anda:

18 April 2020, Sabtu, 10 pagi-1 tengah hari

Urus Duit Anda bersama Ringgit Oh Ringgit!

5 Tips Kewangan Yang Wanita Mesti Tahu

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619