AGENDA

Hidangan di pusat kuarantin seimbang, cukup nutrien

11 Apr 2020, 7:19 AM
Hidangan di pusat kuarantin seimbang, cukup nutrien
Hidangan di pusat kuarantin seimbang, cukup nutrien

SHAH ALAM, 11 APRIL: Hidangan makanan disediakan di pusat kuarantin menempatkan individu baharu pulang dari luar negara adalah seimbang, pelbagai dan cukup nutrien, kata Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam tulisannya di Facebooknya ia menyiarkan contoh hidangan di Pusat Kuarantin Covid-19 di Kuala Lumpur antaranya set nasi putih dihidangkan bersama ikan cencaru goreng, kubis goreng dan limau, set nasi briyani, mi goreng telur dadar dan nasi lemak.

[caption id="attachment_399500" align="alignright" width="302"] Contoh hidangan di Pusat Kuarantin Covid-19 di Kuala Lumpur yang dihidangkan kepada
individu baharu pulang dari luar negara yang dikuarantin selama 14 hari[/caption]

Bahagian Pemakanan KKM berkata menu dipantau Pegawai Sains Pemakanan itu adalah seimbang, pelbagai dan cukup nutrien serta memaparkan kandungan kalori sebagai panduan.

"Layanan sebegini belum tentu akan dapat di negara lain. Selama berada di pusat kuarantin, Kerajaan Malaysia akan menjaga makan minum lima kali sehari," tulisnya di sini, hari ini.

Tulisan itu menjawab kritikan segelintir individu di pusat kuarantin mendakwa makanan dihidangkan kepada mereka tidak 'sehebat' mana.

Bermula 3 April lalu, warga Malaysia dan asing memasuki Malaysia wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin bagi mengesan penularan wabak Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619