AGENDA

Lokasi Pasar Agro Selangor ditambah, penuhi keperluan rakyat

10 Apr 2020, 4:45 AM
Lokasi Pasar Agro Selangor ditambah, penuhi keperluan rakyat

SHAH ALAM, 10 APRIL: Lokasi Pasar Agro Selangor ditambah bagi menampung keperluan dan permintaan rakyat yang dijangka meningkat menjelang Ramadan, kata EXCO industri asas tani.

Ir Izham Hashim berkata antara lokasi dicadangkan ialah Ampang dan Sungai Buloh kerana kawasan itu memiliki jumlah penduduk yang padat namun tiada lagi kemudahan berkenaan.

"Saya akan bermesyuarat dengan agensi berkaitan sehari dua ini untuk berbincang mengenai persiapan Ramadan yang mana kita akan memastikan Pasar Agro Selangor ditambah.

"Walaupun kemungkinan umat Islam menyambut Ramadan ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita faham orang ramai akan buat persiapan dengan membeli barangan basah dan keperluan lain," katanya ketika dihubungi.

Ketika ini Pasar Agro Selangor beroperasi di sembilan lokasi iaitu Holysmoke Cafe Seksyen 13 Shah Alam, Restoran Mak Uda Seksyen 15 Shah Alam, Mad About Cafe Petaling Jaya, selain Pusat Operasi Fama di Dengkil, Puchong, Kuala Selangor dan Sabak Bernam serta pasar tani kekal Selayang dan My Farm Outlet Putrajaya.

Sementara itu, Ir Izham berkata pihaknya mencari jalan bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan bawang import di pasaran negeri ini.

"Secara umumnya bekalan barang basah, sayuran dan buah-buahan tiada masalah kerana sistem rantaian bekalan cukup tersusun, cuma ada sedikit isu berkaitan bawang import, ini kita akan cuba selesaikan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619