AGENSI

PKP: Jais anjur aktiviti agama pada Ramadan guna media sosial

9 Apr 2020, 3:01 AM
PKP: Jais anjur aktiviti agama pada Ramadan guna media sosial

SHAH ALAM,9 APRIL: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menganjurkan aktiviti keagamaan melalui media sosial sepanjang Ramadan ini jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, kata pengarahnya.

Mohd Shahzihan Ahmad berkata, sepanjang PKP dikuatkuasakan ketika ini beberapa penceramah sudah menggunakan kaedah tersebut.

“Kita tetap akan mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti keagamaan seperti sebelum ini.

“Kaedah tersebut akan diteliti, namun secara tidak rasmi beberapa ustaz ada memberikan ceramah dan tazkirah yang dibuat melalui cara itu sekarang," katanya.

Pada 16 Mac lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sepanjang PKP semua rumah ibadah hendaklah ditutup serta penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat.

Susulan itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid turut menyarankan orang ramai melakukan solat tarawih secara berjemaah atau bersendirian di rumah sekiranya PKP disambung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619