AGENDA

Covid-19: Rembau sub-kluster terbaru, 27 individu positif

8 Apr 2020, 9:58 AM
Covid-19: Rembau sub-kluster terbaru, 27 individu positif

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebuah pecahan kluster (sub-kluster) di Daerah Rembau, Negeri Sembilan yang berkaitan dengan perhimpunan di Sri Petaling apabila beberapa guru di sebuah sekolah disahkan positif Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi, 27 individu dikenal pasti positif wabak termasuk dua kes yang dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU) dan setakat ini terdapat tiga generasi jangkitan membabitkan keluarga serta penduduk kampung.

"Ini merupakan satu kluster melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya beberapa lokaliti di dalam Daerah Rembau iaitu Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata penularan ini dipercayai berpunca daripada mesyuarat di sekolah berkenaan yang dihadiri kes indeks (kes ke-448) merupakan salah seorang peserta perhimpunan di Sri Petaling.

Katanya, siasatan mendapati terdapat kunjung-mengunjung ke rumah saudara melawat ahli keluarga tidak sihat walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619