PBT

MPS sita 92 barangan penjaja haram warga asing

8 Apr 2020, 7:34 AM
MPS sita 92 barangan penjaja haram warga asing

SHAH ALAM, 8 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita 92 barang perniagaan yang dikenakan kompaun atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa permit di tepi Pasar Borong Selayang, kata timbalan yang dipertuanya.

Dato' Dr Juhari Ahmad berkata barangan ditinggalkan penjaja haram warga asing susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan kawasan itu kotor dan menimbulkan kacau ganggu.

"MPS konsisten menjalankan operasi bersepadu melibatkan semua agensi kerajaan berkaitan untuk membendung kegiatan perniagaan tanpa kebenaran terutama warga asing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Juhari berkata pihaknya memberi amaran kepada penjaja haram tidak lagi menjalankan perniagaan di situ dan meletakkan penghadang batu konkrit selepas tamat tempoh PKP.

Operasi pembersihan dan sitaan kali keempat melibatkan 90 anggota MPS dengan kerjasama polis dan wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bermula jam 9 pagi serta menggunakan sembilan jentera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619