PBT

Bazar Ramadan batal, MPSJ pulangkan deposit peniaga

6 Apr 2020, 8:56 AM
Bazar Ramadan batal, MPSJ pulangkan deposit peniaga

SHAH ALAM, 6 APRIL: Susulan pembatalan bazar Ramadan tahun ini Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memulangkan semula bayaran permit yang telah dijelaskan peniaga, kata timbalan pengarah jabatan korporat dan pengurusan strategiknya.

Azfarizal Abdul Rashid berkata bagi mendapatkan semula bayaran itu peniaga perlu melengkapkan butiran serta memuat naik dokumen yang diperlukan di https://forms.gle/TPDFa2KrEg1LEabL6.

"Antara dokumen diperlukan adalah penyata bank, kad pengenalan dan salinan akuan pembayaran. Permohonan boleh dibuat mulai hari ini hingga 12 April," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai Unit Penjaja, Jabatan Pelesenan MPSJ melalui talian WhatsApp bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Bagi zon Subang Jaya / Kinrara boleh hubungi Mohd Rahimi Satar di talian 017 9414156; Puchong / Putra Heights Za’im Afif Zainal Abidin (019 2265424) dan Serdang / Seri Kembangan Muhammad Nizar Khalip (019 2263817).

Kerajaan Negeri membuat keputusan membatalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor buat masa ini susulan penularan wabak Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619