PBT

Anjak bayaran sewa premis, MPSJ bantu ringankan beban peniaga

22 Mac 2020, 9:52 AM
Anjak bayaran sewa premis, MPSJ bantu ringankan beban peniaga

SHAH ALAM, 22 MAC: Bayaran sewa semua premis Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang sudah dijelaskan akan ke bawa ke bulan berikutnya (carry forward) sebagai langkah mengurangkan beban peniaga susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata pihaknya memahami bebanan yang ditanggung peniaga kerana tidak dibenarkan berniaga sepanjang tempoh ini.

"Kita juga akan membuat bayaran balik kepada pengguna yang membatalkan tempahan fasiliti milik MPSJ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh ini," katanya kepada SelangorKini.

Bagi Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) pihaknya mengurangkan hampir 50 peratus jumlah penguatkuasa bertugas sepanjang perintah bagi mengelak penularan Covid-19.

Yang Dipertuanya Mohamad Zain A Hamid berkata pemantauan di Kuala Langat setakat ini terkawal dan penduduk memberikan kerjasama mematuhi arahan ditetapkan.

"Kita kurangkan jumlah penguatkuasa bertugas sebanyak 50 peratus dengan waktu bekerja pagi dari jam 8 hingga 5 petang dan bermula 3 petang hingga 12 tengah malam.

"Untuk kerja pagi 12 orang bertugas dan lima orang untuk sesi petang manakala urusan kawalan pergerakan dibuat oleh polis," katanya.

Mengulas mengenai pengecualian sewa yang diumumkan Kerajaan Negeri Mohamad Zain berkata ia akan diproses selepas 31 Mac ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619