AGENDA

Ismail Sabri: Semua pusat kuarantin beroperasi dengan baik

6 Apr 2020, 8:37 AM
Ismail Sabri: Semua pusat kuarantin beroperasi dengan baik

SHAH ALAM, 6 APRIL: Semua pusat kuarantin diwartakan kerajaan di seluruh negara beroperasi dengan baik setakat ini, kata menteri kanan (Kluster Keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 6,698 orang kini ditempatkan di 118 pusat kuarantin bagi mengawal penularan Covid-19.

"Kerajaan ingin berterima kasih kepada semua individu yang menjalani perintah kuarantin wajib atas kerjasama yang diberikan.

"Kerajaan sentiasa memastikan kemudahan termasuk pengangkutan dan pusat kuarantin yang disedia menitikberatkan kebajikan dan kesihatan mereka," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebanyak 551 pusat kuarantin diwartakan kerajaan yang mampu menempatkan lebih 40,000 individu dalam satu-satu masa.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sebanyak 56 kawasan di sembilan negeri termasuk 27 kawasan di Johor dan enam di Sarawak sudah menjalani operasi nyahkuman.

Beliau berkata operasi merangkumi 113 kawasan awam termasuk rumah ibadat, pasar awam, pasar raya dan perumahan serta 19 bangunan kerajaan.

"Turut di nyahcemar ialah tiga Projek Perumahan Rakyat (PPR) membabitkan 4,872 unit rumah dan setakat ini tujuh PPR terlibat membabitkan 8,944 unit rumah," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619