AGENDA

21,000 pelajar ikuti Selangor Tutor, MB kongsi cara daftar (VIDEO)

5 Apr 2020, 3:50 PM
21,000 pelajar ikuti Selangor Tutor, MB kongsi cara daftar (VIDEO)

SHAH ALAM, 5 APRIL: Seramai 21,000 pelajar mendaftar setakat semalam dalam program Selangor Tutor yang menawarkan pembelajaran dalam talian secara percuma, kata Dato' Seri Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari melalui Twitter malam ini berkongsi beberapa langkah mudah sebagai panduan kepada pelajar yang ingin mendaftar program yang diumumkannya melalui Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 pada 1 April lalu.

"Isi masa di rumah dengan pastikan anak-anak mendapat pendidikan melalui e-pembelajaran di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0," katanya.

Berikut cara pendaftaran Selangor Tutor:

1) Layari laman sesawang selangortutor.com

2) Klik butang daftar atau log masuk (yang sudah mendaftar)

3) Pilih nama sekolah dan peringkat

4) Isi butiran mudah (nama penuh atau samaran, kad pengenalan dan kata laluan)

5) Klik butiran langganan

6) Pendaftaran berjaya

https://twitter.com/i/status/1246811376544133120

Program e-pembelajaran yang mendapat kerjasama Pemerbadanan Menteri Besar diselaraskan Yayasan Selangor.

Lebih 130,000 soalan latih tubi disediakan dalam aplikasi yang mengikut piawaian kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ibu bapa boleh mengakses program itu untuk memantau perkembangan pembelajaran anak masing-masing.

Cara layari Selangor Tutor:

1) Layari laman sesawang selangortutor.com

2) Log masuk

3) Laman Profil

4) Klik modul – pilih subjek

5) Pilih topik

6) Mula membuat latihan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619