AGENDA

Pendapatan negara susut akibat harga minyak rendah

5 Apr 2020, 3:57 AM
Pendapatan negara susut akibat harga minyak rendah

SHAH ALAM, 5 APRIL: Pendapatan negara dijangka berkurangan kira-kira RM300 juta bagi setiap kejatuhan harga minyak dunia sebanyak AS$1, kata menteri di jabatan perdana menteri (ekonomi).

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kejatuhan harga mendadak kali ini disebabkan bekalan yang banyak di pasaran dan permintaan rendah ekoran penularan Covid-19.

"Kejatuhan harga minyak dunia di bawah AS$25 setong (daripada AS$62 setong yang dianggarkan semasa pembentangan Belanjawan 2020) memberikan impak yang bukan kecil kepada pendapatan negara disebabkan kemerosotan dividen Petronas dan cukai pendapatan petroleum semakin berkurangan," katanya.

Beliau berkata Kerajaan menjangkakan tempoh harga minyak dunia pulih akan mengambil masa lebih lama berbanding sebelum ini memandangkan 30 peratus pendapatan negara bergantung kepada minyak.

Harga purata minyak mentah dunia dianggarkan akan berada pada paras AS$35 hingga AS$45 setong bagi tahun 2020 dan 2021.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619