AGENDA

Cadangan tangguh bayar balik pinjaman LPPSA ke Kabinet

4 Apr 2020, 7:10 AM
Cadangan tangguh bayar balik pinjaman LPPSA ke Kabinet

PUTRAJAYA, 4 APRIL: Cadangan untuk menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium bagi peminjam Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk penjawat awam dibawa untuk perbincangan Kabinet minggu depan, kata menteri kewangan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata semua cadangan dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan dan juga kementerian serta agensi berkaitan.

"Jadi tunggulah pengumuman kalau ada mengenai ini (moratorium bagi LPPSA)," katanya.

Beliau menjawab demikian berkenaan cadangan peminjam LPPSA diberikan penangguhan pembayaran pinjaman selama enam bulan bagi meringankan beban penjawat awam.

"Perbincangan dalam Kabinet insya-Allah minggu depan. Jadi kita tunggu lepas perbincangan Kabinet. Ada banyak cadangan tapi kita akan bincang cadangan yang boleh membantu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan peralatan perubatan iaitu 10 unit alat pernafasan RM1.2 juta dan 20,000 topeng muka daripada dua syarikat China - China Construction Bank (Malaysia) Bhd dan Beibu Gulf Holding Malaysia Sdn Bhd - bagi menyokong usaha kerajaan Malaysia mengekang Covid-19, di sini hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619