AGENDA

E-pembelajaran percuma bantu pelajar hadapi PKP

2 Apr 2020, 1:29 PM
E-pembelajaran percuma bantu pelajar hadapi PKP
E-pembelajaran percuma bantu pelajar hadapi PKP

SHAH ALAM, 2 APRIL: Kerajaan Negeri menawarkan program e-pembelajaran percuma kepada murid tahun satu hingga tingkatan lima menerusi laman sesawang selangortutor.com, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata aplikasi tersebut boleh diakses dengan mudah menggunakan pelbagai peranti seperti komputer dan telefon pintar bermula esok.

"Program ini digunakan sebagai salah satu kaedah untuk memastikan momentum pengajaran dan pembelajaran murid terus kekal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lebih 130,000 soalan latih tubi tersedia dalam aplikasi ini dan ia mengikut piawaian kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia malah ibu bapa juga boleh mengakses program itu untuk memantau perkembangan pembelajaran anak dari semasa ke semasa.

Inisiatif hasil kerjasama Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan Yayasan Selangor selaku agensi penyelaras program antara intipati Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 yang diumumkan semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619