AGENDA

Pakej Selangor Prihatin 2.0: Pesakit Covid-19 dapat bantuan RM1,000

1 Apr 2020, 8:02 AM
Pakej Selangor Prihatin 2.0: Pesakit Covid-19 dapat bantuan RM1,000

SHAH ALAM, 1 APRIL: Pesakit Covid-19 yang sedang dalam rawatan bakal menerima bantuan RM1,000 seorang daripada Kerajaan Negeri.

Perkara itu diumumkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa kedua di kediaman rasminya, di sini hari ini.

Beliau turut memperuntukkan RM1 juta bagi perkhidmatan kaunseling dan pakar untuk kesihatan mental melalui kelas interaktif.

"Perintah Kawalan Pergerakan dan pandemik memberi kesan terhadap terhadap kesihatan mental masyarakat. Sehubungan itu, sebanyak RM1 juta akan dibelanjakan untuk perkhidmatan kaunseling dan pakar bagi kesihatan mental melalui kelas interaktif,"  katanya.

Terdahulu, Amirudin mengumumkan peruntukan RM272.5 juta bagi menangani impak Covid-19, tambahan daripada pakej pertama Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor yang diumumkan pada 20 Mac lalu berjumlah RM127.8 juta .

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619