EXCO

Penganjuran SIBS 2020 diputuskan Jun - Chang Khim

31 Mac 2020, 4:56 AM
Penganjuran SIBS 2020 diputuskan Jun - Chang Khim

SHAH ALAM, 31 MAC: Keputusan sama ada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020 Oktober depan diteruskan atau tidak akan diputuskan pada Jun, kata exco pelaburan.

Dato’ Teng Chang Kim berkata Kerajaan Negeri perlu menilai faktor semasa sebelum membuat keputusan muktamad termasuk penangguhan acara antarabangsa lain akibat Covid-19.

"Sebagai contoh Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2020 yang sepatutnya berlangsung 1 hingga 4 April telah ditangguhkan kepada 1 hingga 4 September depan.

"Jadi kita perlu melihat banyak aspek sama ada SIBS wajar dianjurkan pada Oktober iaitu sebulan selepas Mihas, selain mengambil kira aspek promosi," katanya kepada SelangorKini.

SIBS 2020 dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang meliputi empat acara besar iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor, Konvensyen Bandaraya Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Persidangan Perniagaan Selangor-ASEAN serta Ekspo R&D dan Inovasi Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619