AGENDA

KKMM sangkal tiga berita palsu

31 Mac 2020, 3:21 AM
KKMM sangkal tiga berita palsu

SHAH ALAM, 31 MAC: Ketua Polis Daerah Tawau, Sabah menafikan dakwaan satu notis mengenai arahan Ketua Polis Negara (KPN) berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Penafian itu dimaklumkan Pasukan Respon Pantas kendalian Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui satu kenyataan pemakluman berita palsu hari ini.

"(Notis arahan) jelas mengandungi mesej tidak benar dan tidak selari sepenuhnya dengan arahan semasa oleh KPN," kata kenyataan itu.

Selain itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan rakaman video insiden kekecohan di sebuah pasaraya berlaku di Johor.

"Sebenarnya ia merupakan rakaman video tentang 'looting' yang berlaku di pasaraya beberapa bandar di Amerika Syarikat," jelas kenyataan itu.

Kenyataan sama menyertakan MKN menafikan selain Foodpanda, GrabFood dan restoran yang sudah mendapat kebenaran, sesiapa yang keluar rumah walaupun dengan alasan menghantar makanan akan didenda RM1,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619