EXCO

Tempah di Fama, barangan Pasar Agro Selangor dihantar ke rumah

27 Mac 2020, 10:12 AM
Tempah di Fama, barangan Pasar Agro Selangor dihantar ke rumah

SHAH ALAM, 27 MAC: Pasar Agro Selangor Agro yang dilancarkan Kerajaan Negeri semalam mengamalkan konsep belian barangan secara tempahan sebelum dihantar kepada pengguna, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata konsep itu dapat memastikan hasil pertanian dijual manakala orang awam mudah mendapatkan barangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tempahan boleh dibuat dengan menelefon atau menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada Pusat Operasi Fama di talian disediakan, laman sesawang www.agrobazaar.com.my dan Facebook saya, Izham Hashim.

"Kita bekerjasama dengan syarikat Bungkusit untuk menghantar barangan kepada pelanggan, jadi orang ramai tidak perlu keluar rumah sepanjang tempoh PKP," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga merancang untuk menambah barangan basah dalam senarai jualan termasuk ayam, ikan dan daging dalam masa terdekat sekali gus membantu pengusaha menjual ternakan mereka.

Talian untuk orang ramai membuat tempahan ialah:

- Pusat Operasi Fama Dengkil (012-3070806)

- Pusat Operasi Fama Puchong (019-2874993)

- Pusat Operasi Fama Kuala Selangor (019-5403791)

- Pusat Operasi Fama Sabak Bernam (019-3084781)

- Pasar Borong Tani Fama Selayang (012-5839485)

- Farm Outlet Putrajaya (012-3002741)

- Holysmoke Seksyen 13 Shah Alam (012-3100585)

Semalam, Kerajaan Negeri melancarkan pasar berkenaan dengan dana pusingan RM1 juta bagi membeli hasil pertanian petani dan penternak bagi mengelakkan lambakan barangan termasuk bahan segar terbuang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619