AGENDA

Perkhidmatan kesihatan ibu hamil, anak operasi seperti biasa - KKM

27 Mac 2020, 8:03 AM
Perkhidmatan kesihatan ibu hamil, anak operasi seperti biasa - KKM

SHAH ALAM, 27 MAC: Kementerian Kesihatan memaklumkan perkhidmatan kesihatan ibu hamil dan anak beroperasi seperti biasa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan susulan Covid-19, kata ketua pengarahnya.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata anggota kesihatan juga akan melaksanakan perkhidmatan lawatan ke rumah kepada ibu lepas bersalin bagi memastikan ibu dan anak dalam keadaan sihat.

"Manakala, bagi ibu hamil dan ibu bapa yang berada di luar kawasan, boleh mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang berdekatan dan mengikut tarikh temu janji diberikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata perkhidmatan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak juga diteruskan seperti biasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619