AGENDA

MB: Sembilan lokasi Pasar Agro Selangor atasi bahan segar tidak terjual

26 Mac 2020, 2:09 PM
MB: Sembilan lokasi Pasar Agro Selangor atasi bahan segar tidak terjual
MB: Sembilan lokasi Pasar Agro Selangor atasi bahan segar tidak terjual

SHAH ALAM, 26 MAC: Kerajaan Negeri melancarkan Pasar Agro Selangor di sembilan lokasi bermula esok bagi mengatasi masalah lambakan bahan segar yang tidak terjual.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program yang bakal memanfaatkan 300,000 pengguna diselaraskan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) berkonsepkan penghantaran atau beli sendiri.

"Kerajaan Negeri mengenal pasti terdapat masalah dalam rantaian pembekalan yang mengakibatkan lambakan bekalan tidak terjual dalam pasaran dan akhirnya membawa kepada pembuangan.

"Justeru, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan beberapa langkah untuk fasa pertama iaitu Pasar Agro Selangor dengan dana kitaran RM1 juta untuk dimanfaatkan bagi penyimpanan dan jualan bahan asas," katanya dalam kenyataan malam ini.

Amirudin berkata langkah itu dapat memastikan pengguna memiliki bahan segar dengan diskaun antara 15 hingga 30 peratus sekali gus membantu petani dan nelayan supaya rangkaian bekalan tidak terputus.

Sementara itu, katanya, fasa kedua pula membabitkan perbincangan dengan pasar raya utama bagi bekalan dan edaran bahan tersebut.

Sembilan lokasi Pasar Agro Selangor ialah:

(Mulai 26 Mac-14 April)

  1. Pusat Operasi Fama Dengkil (012-3070806)
  2. Pusat Operasi Fama Puchong (019-2874993)
  3. Pusat Operasi Fama Kuala Selangor (019-5403791)
  4. Pusat Operasi Fama Sabak Bernam (019-3084781)
  5. Pasar Borong Tani Fama Selayang (012-5839485)
  6. Farm Outlet Putrajaya (012-3002741)
  7. Holysmoke Seksyen 13 Shah Alam (012-3100585)

(Mulai 1-14 April)

  1. MadAboutCake Petaling Jaya
  2. MakUda Seksyen 15 Shah Alam

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619