SELANGOR

Selangor catat 57 kes baharu positif Covid-19 semalam

26 Mac 2020, 12:39 AM
Selangor catat 57 kes baharu positif Covid-19 semalam
Selangor catat 57 kes baharu positif Covid-19 semalam

SHAH ALAM, 26 MAC: Selangor mencatatkan 57 kes baharu positif Covid-19 semalam, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM).

Penambahan itu sekali gus menunjukkan peningkatan taburan kes daripada 378 kepada 435 setakat petang semalam.

Justeru Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menerusi laman sosialnya terus menggesa penduduk di negeri ini patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

"Saya menyeru dan merayu kepada semua rakyat untuk duduk di rumah untuk menghentikan rantaian wabak ini," tulisnya.

Setakat ini, jumlah kes positif Covid-19 di negara ini seramai 1,796 sehingga jam 12 tengah hari semalam, sementara kematian seramai 20 orang sehingga malam tadi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619