SELANGOR

Covid-19 Selangor catat 327 kes baharu, empat kematian

5 Apr 2021, 11:01 AM
Covid-19 Selangor catat 327 kes baharu, empat kematian

SHAH ALAM, 5 APRIL: Kes baharu positif Covid-19 di Selangor kekal tiga angka dengan catatan 327 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu sebanyak 224 kes berpunca daripada saringan kontak rapat.

"Manakala, 77 lagi dikesan daripada lain-lain saringan, 24 dari saringan kluster dan dua kes melibatkan jangkitan luar negara.

"Terdapat dua kluster baharu di negeri itu hari ini iaitu kluster Lorong Dua dan kluster Taman Komersial yang disebabkan jangkitan di tempat kerja," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Menurut beliau empat kematian berlaku di Selangor membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 64 hingga 86 tahun.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) turut memaklumkan sebanyak 420 kes pulih menjadikan keseluruhan sembuh seramai 115,656.

Keseluruhan kes di Selangor pula berjumlah 117,792 sejak pandemik menular dengan kes aktif 1,801.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619