AGENDA

Pusat panggilan Hasil Care Line ditutup mulai 26 Mac - LHDN

25 Mac 2020, 12:59 AM
Pusat panggilan Hasil Care Line ditutup mulai 26 Mac - LHDN

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Pusat panggilan Hasil Care Line (HCL) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan ditutup mulai 26 Mac ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

LHDN dalam satu kenyataan semalam memaklumkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi itu adalah terhad iaitu merangkumi perkhidmatan dalam talian seperti pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan pembayaran cukai melalui platform ezHASiL.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan cukai dan perkhidmatan LHDNM boleh dibuat melalui HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ dan media sosial rasmi LHDNM di Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM serta Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial.

Pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619