AGENDA

Kerajaan setuju turun harga topeng muka

23 Mac 2020, 8:52 AM
Kerajaan setuju turun harga topeng muka

PUTRAJAYA, 23 MAC: Kerajaan bersetuju untuk menurunkan harga penutup mulut dan hidung pada satu harga baharu yang akan ditetapkan dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berbincang dengan pihak industri bagi tujuan itu.

“Harga topeng RM2 (sekeping) terlalu mahal, maka Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan hari ini bersetuju harga perlu diturunkan.

“Jadi saya jangka dalam waktu terdekat...KPDNHEP perlu segerakan agar kita boleh buat pengumuman dan yang penting mesti di bawah RM2,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata stesen minyak di seluruh negara diwajibkan untuk menyediakan cecair pembasmi kuman bagi kegunaan pemandu yang mengisi minyak.

“Terdapat kerisauan yang pam minyak diguna secara bergilir-gilir, maka dengan adanya cecair pembasmi kuman, pemandu boleh menggunakannya kemudian mencuci tangan mereka dahulu sebelum pam dan selepas pam minyak boleh cuci tangan lagi sebelum teruskan perjalanan,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619