AGENDA

Waktu operasi klinik kesihatan primer KKM tidak berubah

22 Mac 2020, 12:59 PM
Waktu operasi klinik kesihatan primer KKM tidak berubah

SHAH ALAM, 22 MAC: Waktu operasi fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan klinik kesihatan serta klinik kesihtan ibu dan anak tidak berubah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, kata ketua pengarahnya.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata waktu operasi klinik desa yang mempunyai kedatangan melebihi 20 kes sehari juga tidak berubah kecuali waktu operasi 8 pagi hingga 1 tengahari bagi kedatangan kurang 20 kes sehari.

"Berikutan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ia tidak menjejaskan pihak KKM dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Waktu operasi klinik kesihatan dari Isnin hingga Khamis bermula 8 pagi hingga 4.30 petang kecuali Jumaat, 8 pagi hingga 12.15 tengah hari dan bersambung 2.45 hingga 4.30 petang.

Klinik komuniti pula beroperasi lewat satu jam bermula 9 pagi hingga 6 petang manakala klinik UTC ditutup buat masa ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619