AGENDA

212 rakyat Malaysia terkandas di Uzbekistan selamat tiba

22 Mac 2020, 7:18 AM
212 rakyat Malaysia terkandas di Uzbekistan selamat tiba

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Seramai 212 rakyat Malaysia yang terkandas di Tashkent, Uzbekistan, selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9 malam tadi.

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kumpulan itu berlepas pada hari sama menerusi penerbangan Uzbekistan Airways, yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negara itu.

"Kerajaan Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Uzbekistan, atas inisiatif serta bantuan yang dihulurkan bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pesawat yang sama telah digunakan untuk membawa pulang sekitar 200 rakyat Uzbekistan yang terkandas di Malaysia, pada hari yang sama pukul 11.30 malam, di bawah penyelarasan Kedutaan Besar Uzbekistan, di Kuala Lumpur.

Kamarudin yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Covid-19 kementerian itu berkata, pihaknya akan sentiasa memantau secara rapat perkembangan rakyat Malaysia di luar negara, melalui Perwakilan-Perwakilan Malaysia bagi memastikan semua yang terkandas di luar negara, dapat pulang ke Malaysia dengan segera.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619