AGENSI

Tangguh bayar sewa tiga bulan, rakyat hargai keprihatinan MB

21 Mac 2020, 9:01 AM
Tangguh bayar sewa tiga bulan, rakyat hargai keprihatinan MB
Tangguh bayar sewa tiga bulan, rakyat hargai keprihatinan MB
Tangguh bayar sewa tiga bulan, rakyat hargai keprihatinan MB

SHAH ALAM, 21 MAC: Peserta Skim Smart Sewa menyifatkan penangguhan bayaran tiga bulan di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 membuktikan Kerajaan Negeri peka terhadap kesusahan rakyat.

Beberapa penyewa yang bakal menerima manfaat itu berterima kasih kepada pentadbiran negeri yang meringankan beban mereka pada saat sukar.

Pekerja swasta Zulhelmi Idris, 37, berkata inisiatif itu membantu golongan sepertinya yang bergantung kepada komisen sebagai tambahan pendapatan bulanan.

"Saya menguruskan dokumen permohonan di Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer yang kini ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

"Jadi sekarang saya hanya dapat gaji asas, justeru penangguhan bayaran ini meringankan beban golongan seperti saya. Terima kasih kepada Dato' Menteri Besar yang memahami kesukaran rakyat," katanya yang menyewa di Apartmen Azaria, Bandar Parkland, Klang.

Seorang lagi penyewa di Pangsapuri Kiara, Setia Alam, Ahmad Zulfadhli Mad Sah, 33, berkata penjimatan melalui penangguhan bayaran sewa digunakan untuk keperluan lain seperti penjagaan diri.

"Dalam menghadapi situasi sekarang, kita mungkin perlu berbelanja bagi penjagaan diri serta keluarga seperti topeng muka dan cecair pembasmi kuman untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 dan membeli barangan keperluan harian.

"Jadi penangguhan bayaran sewa ini benar-benar meringankan beban kami," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619