AGENDA

ASNB henti operasi semua cawangan sampai 31 Mac ini

19 Mac 2020, 9:22 AM
ASNB henti operasi semua cawangan sampai 31 Mac ini

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Semua operasi cawangan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) iaitu unit amanah di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), akan dihentikan sementara mulai 4 petang esok sehingga 31 Mac 2020.

Menurut kenyataan PNB, semua pemegang unit bagaimanapun boleh terus melakukan transaksi di rangkaian ejen ASNB seperti bank-bank utama dan Pos Malaysia atau secara atas talian di portal atau aplikasi mudah alih myASNB.

Namun transaksi berkaitan Pengisytiharaan Amanah dan Hibah Amanah yang hanya boleh dijalankan di kaunter ASNB, tidak akan beroperasi sehingga 31 Mac ini.

“Kami menghargai kerjasama orang ramai untuk memahami perkara ini dan akan berkongsi maklumat terkini, jika perlu.

“Kami turut menyeru semua pemegang unit serta rakyat Malaysia untuk mematuhi sepenuhnya ketetapan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dan berada di rumah sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619