PBT

Covid-19: MDKS pantau premis, arah penjaja tutup

19 Mac 2020, 4:17 AM
Covid-19: MDKS pantau premis, arah penjaja tutup

SHAH ALAM, 19 MAC: Susulan Perintah Kawalan pergerakan selama dua minggu hingga 31 Mac yang diumum perdana menteri, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengambil tindakan proaktif memantau dan arah penutupan premis kepada penjaja serta peniaga di sekitar daerah terbabit.

Menerusi kenyataan MDKS memaklumkan pemantauan dan arahan itu selaras di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (1988).

"Terima kasih kepada mereka yang mematuhi arahan menutup premis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.

"Namun, mereka yang masih ingkar laporan akan disalurkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Bagi kesalahan pertama, individu gagal mematuhi arahan boleh dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619