AGENDA

Kerja dari rumah: Pekerja pilih Skype, WhatsApp untuk berhubung

18 Mac 2020, 5:49 AM
Kerja dari rumah: Pekerja pilih Skype, WhatsApp untuk berhubung

SHAH ALAM, 18 MAC: Kakitangan swasta yang bekerja dari rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan memilih aplikasi Skype dan WhatsApp untuk berhubung, khususnya membabitkan perbincangan ramai.

Jurutera kilang Syafiqah Zainurin, 26, berkata operasi syarikat berjalan seperti biasa, namun semua kakitangan perlu memberi dan menerima arahan serta makluman tugas melalui Skype.

"Semua bertugas di rumah seperti biasa dan mesyuarat diadakan tiga kali pada 10 pagi, 2 dan 4 petang. Kerja sebelah pagi lebih tertumpu kepada persediaan mesyuarat dan jika ada perkara penting sahaja baru diarahkan ke pejabat," katanya yang bekerja di bahagian pemprosesan.

Juruteknik kilang Shahril Nizam Mohd, 44, berkata syarikatnya mengarahkan semua kakitangan berada dalam keadaan bersedia di rumah dan bertindak mengikut arahan melalui WhatsApp.

Katanya, operasi syarikat yang membabitkan eksport lensa dan kanta ke luar negara bergantung kepada kapal sebagai medium penghantaran.

"Buat masa ini hanya bahagian dokumentasi dan eksport sahaja perlu bekerja dari 7 pagi hingga 11 malam kerana pelabuhan masih beroperasi.

"Arahan tersebut berkuat kuasa untuk minggu pertama dahulu dan perkembangan lanjut bergantung kepada operasi kapal," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619