BERITA UTAMA

MB puji petugas tungkus-lumus pulih bekalan air

18 Mac 2020, 2:44 AM
MB puji petugas tungkus-lumus pulih bekalan air

SHAH ALAM, 18 MAC: Dato' Menteri Besar memuji usaha petugas yang bertungkus-lumus memastikan bekalan air kepada pengguna berterusan susulan henti tugas empat loji rawatan air (LRA), petang semalam.

"Saya merakamkan penghargaan kepada petugas yang bertungkus-lumus melengkapkan proses pemulihan bekalan air demi kesejahteraan rakyat Selangor. Komitmen sehingga lewat malam demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab," tulis Dato' Seri Amirudin Shari di Twitter, malam tadi.

Beliau turut meninjau kerja pemulihan bekalan air di LRA Fasa 1 dan 2 di Kuala Selangor lewat malam tadi, yang dihenti tugas akibat pencemaran bau.

Lembaga Urus Air Selangor hari ini memaklumkan penemuan bau seakan pelarut di Sungai Gong dan Sungai Bakau, Rawang menyebabkan henti tugas LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang.

Bagaimanapun, bekalan air di Kuala Selangor pulih sepenuhnya pagi tadi susulan pengoperasian semula LRA tersebut, manakala di Klang dijangka pulih sepenuhnya 6 petang ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619