AGENSI

Smart Selangor Command Centre mula pantau kawasan panas Covid-19

17 Mac 2020, 7:38 AM
Smart Selangor Command Centre mula pantau kawasan panas Covid-19

SHAH ALAM, 17 MAC: Smart Selangor Command Centre mula menjejaki kawasan panas yang mempunyai kes positif Covid-19, kata Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

"Pelaksanaan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor, semalam.

"Pemetaan melalui papan pemuka Smart Selangor Command Centre itu sedang meneliti kawasan yang terbabit dengan wabak berkenaan di seluruh negeri ini," katanya menerusi Twitter, hari ini.

Semalam, Amirudin mengumumkan Selangor mengenal pasti kawasan panas Covid-19 menggunakan Sistem Penentu Kedudukan Global dan Sistem Maklumat Geografi.

Langkah itu sama seperti operasi di Korea Selatan yang menggunakan pendekatan ‘seluruh kerajaan dan seluruh masyarakat’ (whole of government, whole of society).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619