AGENSI

Kerana Covid-19, Yawas tangguh semua acara IPR

16 Mac 2020, 6:14 AM
Kerana Covid-19, Yawas tangguh semua acara IPR

SHAH ALAM, 16 MAC: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menangguhkan semua acara bagi program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sepanjang Mac dan April ini susulan Covid-19, kata pengurus besarnya.

Gan Pei Nei berkata keputusan itu selaras saranan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggesa perhimpunan membabitkan orang ramai ditangguhkan bagi mengawal penularan wabak.

"Yawas dengan ini memutuskan semua acara majlis bagi program insentif IPR seperti Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas, kursus kekeluargaan Insentif Generasi Muda Selangor dan Riang Ria Dunia Membaca ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

"Kita memandang serius perkara ini dan sedang mengambil langkah perlu bagi memastikan pemberian bantuan bagi program berkaitan masih terus dijalankan seperti biasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 13 Mac lalu, kerajaan mengarahkan semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan sehingga 30 April depan.

Langkah sama turut diambil Kerajaan Negeri yang membatalkan program berskala besar antaranya Karnival Tanah Selangor dan Karnival Kerjaya Jobvaganza 2020 @ DUN Bukit Melawati susulan gelombang kedua penularan Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619