AGENDA

WHO: Eropah pusat sebar Covid-19, fasa pandemik

13 Mac 2020, 11:53 PM
WHO: Eropah pusat sebar Covid-19, fasa pandemik

GENEVA 14 MAC: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata Eropah kini menjadi pusat penyebaran Covid-19 global yang memasuki fasa pandemik dan memberi amaran mustahil untuk mengetahui tempoh wabak menjadi kritikal.

Benua itu kini lebih banyak melaporkan kes dan kematian berbanding gabungan kes di seluruh dunia, selain China, kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, lapor AFP.

“Eropah kini menjadi pusat penyebaran pandemik,” katanya bercakap pada sidang media yang diadakan secara maya bagi mengelak sebarang kemungkinan penyebaran virus dalam kalangan wartawan.

"Lebih banyak kes kini dilaporkan setiap hari daripada yang dilaporkan di China,” katanya merujuk kepada angka global.

Virus itu, yang pertama kali muncul di China pada Disember, kini membunuh lebih 5,000, dengan kes di seluruh dunia mendahului 134,000.

Tedros berkata sementara langkah mengurangkan program sosial, negara juga perlu mengambil pendekatan komprehensif.

"Anda tidak boleh melawan virus jika anda tidak tahu di mana ia berada," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619