AGENDA

Covid-19: Kes dunia cecah 25.2 juta, hampir 847,000 kematian

31 Ogos 2020, 6:09 AM
Covid-19: Kes dunia cecah 25.2 juta, hampir 847,000 kematian
Covid-19: Kes dunia cecah 25.2 juta, hampir 847,000 kematian

SHAH ALAM, 31 OGOS: Pandemik Covid-19 mencecah 25.2 juta kes dengan hampir 847,000 kematian setakat ini, sejak virus mula dikesan di China pada Disember tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), purata kes harian dunia pula menunjukkan penurunan lebih kurang 250,000 kes berbanding 282,000 kes sebelum ini.

"Kes harian di Amerika Syarikat dan Brazil masing-masing menunjukkan penurunan sekitar 43,000 kes dan 34,000 kes, bagaimanapun jumlah harian di India menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 78,000 kes.

"Kadar kematian dunia pula kini menurun kepada 3.36 peratus atau sekitar 847,000 kes dan kadar kesembuhan pula meningkat 68.77 peratus atau sekitar 17.3 juta kes," katanya menerusi Facebook.

Terdahulu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM bersiap siaga menghadapi kemungkinan pertambahan kes dari luar negara dalam tempoh empat bulan akan datang apabila musim sejuk melanda negara berkenaan.

Beliau berkata walaupun jangkitan di dalam negara masih terkawal, pemantauan kes di negara seperti India, Korea Selatan, Jepun, Sepanyol dan Perancis sekarang menunjukkan peningkatan seiring penurunan suhu semua negara terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619