AGENSI

Catat keputusan terbaik, dua pelajar tahfiz ditaja lanjut pelajaran

13 Mac 2020, 12:28 PM
Catat keputusan terbaik, dua pelajar tahfiz ditaja lanjut pelajaran

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAK

SHAH ALAM, 13 MAC: Dua pelajar maahad integrasi tahfiz Selangor (MITS) yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia ditaja Worldwide Holdings Berhad (WHB) untuk melanjutkan pengajian di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kedua-dua pelajar aliran sains yang ditaja melalui program Worldwide Prihatin akan melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

“Sebagai permulaan, WHB akan menaja dua pelajar ini bagi melahirkan huffaz profesional dalam kejuruteraan yang akan ditempatkan di Uniten, Bangi.

“WHB turut memberi penekanan menaik taraf sistem pembelajaran murid-murid Kelas al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi termasuk memberi anugerah khas kepada guru cemerlang melalui kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Graduasi Qurra’ MITS kali ketujuh di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

WHB memperuntukkan RM382,950 khusus memperkasa pendidikan, sekali gus perintis kepada syarikat korporat lain melahirkan huffaz profesional.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619