AGENSI

Covid-19: Jemaah dipakaikan cecair basmi kuman sebelum solat Jumaat

13 Mac 2020, 8:50 AM
Covid-19: Jemaah dipakaikan cecair basmi kuman sebelum solat Jumaat

SHAH ALAM, 13 MAC: Kakitangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah membantu jemaah solat Jumaat menggunakan cecair pembasmi kuman bagi mengawal penularan Covid-19.

Perkara itu dikongsikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Twitternya hari ini.

"Imam, bilal dan pegawai sokongan bertugas di pintu masuk bagi memastikan jemaah menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum menunaikan solat Jumaat," tulisnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata solat Jumaat tidak perlu dihentikan berikutan keadaan wabak masih terkawal di negara ini.

Bagaimanapun, mereka yang mengalami gejala wabak terbabit tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang sakit.

"Individu yang disahkan positif Covid-19 dibolehkan tidak mengerjakan solat Jumaat tetapi diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619