BERITA UTAMA

DNS: Perlu periksa kesihatan elak Covid-19

13 Mac 2020, 8:25 AM
DNS: Perlu periksa kesihatan elak Covid-19

SHAH ALAM, 13 MAC: Semua tetamu yang hadir pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bermula Isnin ini diwajibkan melalui pemeriksaan kesihatan bagi mencegah penularan Covid-19, kata speaker DNS.

Ng Suee Lim berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi memantau perkembangan itu dan individu tidak sihat dinasihatkan untuk tidak hadir.

"Saya minta orang ramai, pemerhati dan petugas media yang datang untuk bertugas, sekiranya mendapati diri anda tidak sihat termasuk demam atau batuk, elakkan hadir," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Suee Lim berkata istiadat pembukaan sidang DNS di bangunan Annex bermula 16 hingga 27 Mac bakal disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diteruskan seperti ditetapkan dan sebarang perubahan sama ada tempoh persidangan dipendekkan akan diputuskan kemudian.

Semalam Kerajaan Negeri menangguhkan penganjuran program berskala besar yang tidak bersifat kritikal susulan perkembangan itu.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata keputusan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan bagi mengekang penularan wabak diisytihar Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai pandemik (tersebar luas).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619