AGENDA

Ahli lembaga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia positif Covid-19

12 Mac 2020, 11:57 PM
Ahli lembaga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia positif Covid-19

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) mengesahkan seorang ahli lembaga bebas suruhanjaya itu positif Covid-19.

Menurut kenyataan SSM, individu itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“SSM bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan untuk melaksanakan semua langkah yang perlu bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja, termasuk mengenal pasti mereka yang merupakan kontak rapat individu terbabit,” menurut kenyataan itu semalam.

Pejabat SSM akan ditutup dan semua pekerja akan beroperasi dari rumah mulai hari ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan di premis itu sebelum dibuka semula pada 16 Mac.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa SSM mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi pekerja dan meminimumkan penyebaran virus tersebut.

“Ia termasuk operasi secara berpasukan untuk mengurangkan bilangan pekerja di satu-satu lokasi, tapisan kesihatan kepada pengunjung, kuarantin kepada pekerja yang merupakan kontak rapat kes positif Covid-19 dan meningkatkan sanitasi harian di pejabat,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619