AGENDA

Covid-19: Amerika had perjalanan dari Eropah

12 Mac 2020, 4:51 AM
Covid-19: Amerika had perjalanan dari Eropah

WASHINGTON, 12 MAC: Amerika Syarikat (AS) akan mengehadkan semua perjalanan dari negara Eropah kecuali United Kingdom (UK), bermula tengah malam Jumaat untuk membendung penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

Presiden Donald Trump berkata sekatan itu akan "disesuaikan mengikut keadaan semasa" dan pengecualian hanya untuk rakyat AS "yang telah menjalani pemeriksaan sepatutnya."

"Kami mengambil langkah keselamatan itu pada awalnya ke atas negara China sekarang Eropah pula," katanya pada Rabu.

Negara terlibat termasuk Austria, Belgium, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Norway , Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden dan Switzerland.

Sebelum ini, larangan sama dikuatkuasakan ke atas China dan Iran masing-masing pada Januari dan Februari.

Tindakan itu serentak dengan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik dan pengisytiharan darurat di AS.

Rumah Putih berkata Presiden turut membatalkan acaranya di Colorado dan Nevada.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619