AGENSI

Maqis rampas daging babi, limau tiada permit import

10 Mac 2020, 3:54 AM
Maqis rampas daging babi, limau tiada permit import

SHAH ALAM, 10 MAC: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 10kg daging babi dan 15kg limau yang tidak mempunyai Permit Import dan Sijil Fitosanitasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, semalam.

Pengarah Maqis Selangor Dr Tarmisal Alimin berkata barang rampasan bernilai RM2,000 dibawa masuk dari Singapura, lapor Sinar Harian.

“Maqis sentiasa peka melaksanakan tanggungjawab mengawal kemasukan keluaran pertanian di semua pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk dalam keadaan baik," katanya yang memaklumkan operasi turut mendapat kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit sah salah mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Malaysia 2011.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama iaitu denda tidak lebih RM100,000, penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619