AGENSI

JPS Selangor: 101 projek siap tahun ini

9 Mac 2020, 10:43 AM
JPS Selangor: 101 projek siap tahun ini

SHAH ALAM, 9 MAC: Sebanyak 39 daripada 70 projek fizikal menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) telah dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor sehingga Februari 2020 dan bakinya dijangka disiapkan tahun ini, kata pengarahnya.

Datuk Gapar Asan berkata secara keseluruhan sebanyak 101 projek diluluskan bagi tempoh 2016 hingga 2020 dengan 31 projek adalah bukan fizikal.

"Projek-projek yang telah disiapkan adalah 15 di Klang, Petaling (lima), Sepang (lima), Hulu Langat (empat), Gombak (tiga), dua di Kuala Langat, Sabak Bernam dan Hulu Selangor serta satu di Kuala Selangor," katanya pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak hari ini.

Beliau berkata, JPS negeri menerima peruntukkan sebanyak RM527 juta bagi pelaksanaan projek tebatan banjir (RM272.2 juta), menaik taraf saliran (RM95.3 juta), pembangunan lembangan sungai (RM45 juta) dan lain-lain program (RM100 juta).

Bagi RMK-12 Gapar berkata pihaknya mencadangkan permohonan projek dengan anggaran kos RM1.7 bilion merangkumi hampir enam projek utama di seluruh negeri terutama projek tebatan banjir dan menaik taraf saliran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619