AGENDA

Sektor terjejas boleh mohon tangguh bayaran cukai

9 Mac 2020, 8:39 AM
Sektor terjejas boleh mohon tangguh bayaran cukai

SHAH ALAM: Kerajaan membenarkan penangguhan bayaran dan pindaan anggaran cukai bagi sektor terjejas di bawah pakej rangsangan ekonomi 2020, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pakej rangsangan tersebut bertujuan menangani impak ekonomi kepada pembayar cukai di bawah sektor pelancongan iaitu agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan.

"Antara langkah diambil adalah pembayar cukai di bawah sektor pelancongan boleh menangguhkan bayaran anggaran cukai bagi tempoh enam bulan bermula 1 April sehingga 30 September 2020.

"Langkah lain adalah membenarkan pindaan anggaran cukai pada bulan ketiga ansuran jika bulan ketiga ansuran tersebut jatuh 2020 kepada pembayar cukai bagi semua sektor perniagaan terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut LHDN borang tersebut telah dimuat naik ke portal rasmi www.hasil.gov.my.

“Ia perlu dilengkapkan dan dikemuka mulai 1 Mac 2020 ke Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat Pencukaian, Jabatan Operasi Cukai LHDN di Bandar Baru Bangi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619