AGENSI

Digi kekal rakan telekomunikasi rasmi FAS

9 Mac 2020, 4:46 AM
Digi kekal rakan telekomunikasi rasmi FAS

SHAH ALAM, 9 MAC: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) terus mengekalkan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) sebagai rakan telekomunikasi rasmi skuad Gergasi Merah musim ini, kata setiausaha agungnya.

Dr Johan Kamal Hamidon berkata jalinan kerjasama memasuki tahun kedua bersama rangkaian telekomunikasi terbesar Malaysia itu bagi mengukuhkan hubungan bersama peminat melalui peluang pemasaran dan penjenamaan di dalam stadium termasuk meletakkan logo korporat Digi di lengan kanan semua jersi Selangor.

Katanya, ia memberi ruang kepada syarikat berkaitan menawarkan lebih banyak faedah untuk pelanggan seperti pengalaman perlawanan rumah (home) eksklusif dan diskaun tiket boleh ditebus melalui MyDigi Rewards.

"Kita teruja kerana sekali lagi bekerjasama dengan Digi untuk memberi nilai tambah kepada penyokong setia. Sudah pasti ada program lebih bermanfaat kepada penyokong Gergasi Merah terutama mereka yang melanggan perkhidmatan Digi.

"Diharapkan ia membuka mata bagi syarikat korporat lain untuk sama-sama turun padang dan menyediakan perkhidmatan serta ganjaran lebih baik kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Digi, Bernard Lee optimis sukan bola sepak mampu menyatukan rakyat berbilang bangsa seiring dengan matlamat untuk menghubungkan pelanggannya di satu medium yang relevan dengan mereka.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan pasukan yang inovatif dan tidak takut untuk mencuba cara baharu dalam usaha memberikan pengalaman terbaik kepada peminat tegar Gergasi Merah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619