AGENDA

Idrus Harun ganti Tommy Thomas, kuat kuasa hari ini

6 Mac 2020, 12:01 PM
Idrus Harun ganti Tommy Thomas, kuat kuasa hari ini

SHAH ALAM, 6 MAC: Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai peguam negara baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini, menggantikan Tan Sri Tommy Thomas yang melepaskan jawatan pada 28 Februari lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Tommy Thomas atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai peguam negara," kata kenyataan itu.

Kenyataan sama turut memaklumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan permohonan Tommy untuk memendekkan perkhidmatan selaras Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Tommy dilantik sebagai peguam negara pada 4 Jun 2018 bagi tempoh dua tahun dan sepatutnya berakhir Jun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619