AGENDA

Hospital Cyberjaya tambah baik khidmat kesihatan di Selangor

3 Mac 2020, 2:29 PM
Hospital Cyberjaya tambah baik khidmat kesihatan di Selangor
Hospital Cyberjaya tambah baik khidmat kesihatan di Selangor

CYBERJAYA, 3 MAC: Hospital Cyberjaya yang dijadual siap Mac tahun hadapan bakal mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya di negeri ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hospital yang mampu menempatkan 288 katil itu juga secara tidak langsung akan menambah baik khidmat kesihatan di negeri ini.

“Projek ini berjalan mengikut jadual dan dijangka siap sekitar Mac atau Jun 2021. Selepas ini penduduk mempunyai lebih pilihan hospital untuk merawat masalah kesihatan mereka,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di tapak Projek Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 Selangor di sini hari ini.

Projek membabitkan kos hampir RM475 juta itu telah bermula pada September 2017 dengan dikendalikan syarikat Cyberview Sdn Bhd dan kontraktor Gadang Engineering (M) Sdn Bhd.

Projek di tanah seluas 12.821 ekar tersebut meliputi sembilan bangunan dengan empat daripadanya bagi fasiliti perubatan dan lima wad.

[caption id="attachment_388148" align="alignnone" width="741"] Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari membuat lawatan ke tapak pembinaan Hospital Cyberjaya di Cyberjaya pada 3 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619