AGENDA

Buku panduan peraturan Dewan Rakyat dilancar

2 Mac 2020, 11:43 PM
Buku panduan peraturan Dewan Rakyat dilancar

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof semalam melancarkan sebuah buku bertajuk Malaysian Parliamentary Procedure: A Guide to the Standing Orders of the Dewan Rakyat (Prosedur Parlimen Malaysia: Panduan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat).

Mohamad Ariff dalam ucapannya berkata sepanjang tempoh sejarah parlimen negara, buku panduan sedemikian belum pernah dihasilkan, sekurang-kurangnya sejak 1969.

"Secara khusus, (buku) manual ini untuk memberikan garis panduan meluas, bermaklumat dan arahan kepada ahli parlimen mengenai Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat terutama untuk ahli baharu.

"Buku ini akan menjadi panduan yang praktikal kepada ahli Dewan Rakyat. Panduan penggubal undang-undang bagi membolehkan ahli parlimen mengemudi kerumitan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat dengan lebih mudah," katanya.

Mohamad Ariff turut memuji Institut Demokrasi Nasional serta pengarang buku Monique M. Smith dan Maha Balakrishnan kerana kegigihan yang tidak berkesudahan dalam menghasilkan manual tersebut.

Beliau berkata manual itu akan dimasukkan dalam projek buku bertajuk 'Undang-undang, prinsip dan amalan di Dewan Rakyat' yang memberikan penjelasan serta ilustrasi komprehensif mengenai prinsip, peraturan dan prosedur parlimen.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619